Posts

SEKSYEN 302 -INI SEMUA ILUSI-

Hafiza dan Dr.Hamdan berhadapan seseorang yang dituduh membunuh. Tertuduh, dikenali sebagai Tiger, hanya memerhatikan sekeliling. Tiada rasa serba salah dalam diri.Sebagai seorang peguam bela, Hafiza akan menyelamatkan tertuduh dari hukuman mati dibawah Seksyen 302. Langkah pertama, dia perlu kepastian anak guamnya mempunyai penyakit mental. Ini dibantu oleh Dr.Hamdan yang bertugas di Hospital Permai, Johor. Saat yang tertuduh itu mula berbicara,mereka mendengar dengar khusyuk…. * Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah,Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari pada jenismu sendiri,agar cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya,dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih  dan sayang.                                                                                 ...

MURTAD

Kata Al Imam As Syafie:"Apabila kalian memiliki teman yang membantumu dalam ketaatan ,maka genggam eratlah tangannya, kerna mendapatkan sahabat seperti itu sulit sedangkan berpisah daripadanya mudah. Mengapa kisah ku ini diberi tajuk MURTAD?? Kerana aku telah menjadi saksi bermula dari sekecil –kecil niat hinggalah sebesar-besar perbuatan. Seksaan kerana rasa penyesalan yang tidak bernoktah sejak hari itu, membuatkan ia terus menghantui ku. Andai dapat ku undurkan waktu, tidak membiarkan dia berlalu. * Imbas kembali Suhu di bilik kuliah itu begitu sejuk sekali ibarat mendodoikan lagi pelajar-pelajar kelas A untuk tidur sewaktu kelas Business Management di waktu pagi. Puan Salina yang sedang memberi penerangan umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku memerhati ada yang sedang tidur dan ada main telefon bimbit. Aku pula mendengar tanpa mencatat. Aku lebih suka mendengar daripada menulis. Keisha ,gadis berdarah Inggeris-Melayu sungguh tekun membuat nota. Berambut lu...

SESAT

Seusai kelas Tassawur, Skuad Badar yang terdiri Yasha, Naqqi, Hanif dan Qistina diminta untuk tunggu seketika. Ustazah Fatimah ingin memperkenalkan mereka dengan seseorang. Seseorang yang dapat meluaskan empayar Skuad Badar setelah mereka semua tiada. Pada zaman yang penuh cabaran, memang sukar untuk mencari pengganti seperti mereka. Jujur, semangat dakwah yang ditanam serta cinta akan ilmu membantu mereka menyuburkan suasana Islam di sekolah. “Assalamualaikum, nama saya Megat Affendi bin Megat Sulaiman. Pelajar tingkatan 4 Epsilon.” Pelajar itu memperkenalkan diri. * Suasana sungguh gelap, Hanif masih buntuh bagaimana dia boleh sampai ke kawasan yang penuh lalang. Dia tercari-cari telefon bimbitnya untuk memberikan sinaran cahaya agar senang mencari jalan pulang.Sudah sejam berjalan, dia baru sedar dia masih berada di kawasan itu. Nampaknya, jalan keluar sukar dicari. Dia duduk seketika dan berdoa pada Ilahi. Tiba-tiba, suara tapak kaki orang sedang berlari kuat kedengaran. Hanif...

SURAT UNTUKMU

Aku, Nurul Shahirah binti Mustafa merupakan bekas mahasiswi Diploma Perakaunan ,UiTM Alor Gajah.Sudah lima tahun aku meninggalkan UiTM Alor Gajah.Namun,aku bukan hanya meninggalkan tempat itu tapi ,aku meninggalkan kisah cinta aku yang tanpa jawapan di sana.Walaupun aku adalah seorang pelajar yang aktif berpersatuan Islam di UiTM namun, kelemahan aku sukar dibendung. Di hujung semester 3, perpustakaan akan dibanjiri oleh pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.Macam-macam gelagat boleh diperhatikan ada yang tertekan,ada yang berlajar berkumpulan dan ada yang menyiapkan assignment yang akan dihantarkan minggu ni juga.Biasalah hujung bulan  akan ada pelajar tidak cukup tidur atau tidak tidur langsung. Aku lebih selesa belajar  di perpustakaan kerana aku tidak mampu tahan godaan tilam empuk di bilik.Tapi di perpustakaan pula,lain dugaannya.Aku sering terserempak dengan seseorang sangat istimewa padaku.Sudah setahun aku pendam perasaan ini.Kadang-kadang...