SURAT UNTUKMU
Aku, Nurul Shahirah binti Mustafa merupakan bekas mahasiswi Diploma Perakaunan ,UiTM Alor Gajah.Sudah lima tahun aku meninggalkan UiTM Alor Gajah.Namun,aku bukan hanya meninggalkan tempat itu tapi ,aku meninggalkan kisah cinta aku yang tanpa jawapan di sana.Walaupun aku adalah seorang pelajar yang aktif berpersatuan Islam di UiTM namun, kelemahan aku sukar dibendung.
Di hujung semester 3, perpustakaan akan dibanjiri oleh pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.Macam-macam gelagat boleh diperhatikan ada yang tertekan,ada yang berlajar berkumpulan dan ada yang menyiapkan assignment yang akan dihantarkan minggu ni juga.Biasalah hujung bulan akan ada pelajar tidak cukup tidur atau tidak tidur langsung.
Aku lebih selesa belajar di perpustakaan kerana aku tidak mampu tahan godaan tilam empuk di bilik.Tapi di perpustakaan pula,lain dugaannya.Aku sering terserempak dengan seseorang sangat istimewa padaku.Sudah setahun aku pendam perasaan ini.Kadang-kadang aku merasa bahawa aku adalah manusia yang mengejar bayangan cinta.Pada mulanya,aku berusaha untuk membuang perasaan ini jauh tapi apakah dayaku???Aku tenggelam dalam lautan percintaan. Dari semester 1,aku dengan dia akan bertemu di library.Namun,bukan di library aku mengenal dirinya.Malah,aku tidak tahu akan kewujudanya dalam dunia sehingga aku menyertai salah satu aktiviti persatuan Islam di bawah pimpinannya.
*
“Shirah nak ucapkan terima kasih kepada Kak Hani, dan yang lain-lain sebab bagi peluang kepada Shirah untuk menyertai aktiviti di bawah pimpinan PMI(Penggerak Mahasiswa Islam) walaupun Shirah bukan ahlinya. Kalau Shirah tak join ,mungkin Shirah duduk kat library menghadap buku ….”
“Tulah,saya pun suka stalk awak kat library…..”suasana yang meriah bertukar menjadi diam selepas mendengar kenyataan itu.Mereka memandang empunya badan.Aku pun tergamam sebentar.Tiba-tiba ramai menyebut “Farhan!!!!!”
Itulah alkisahnya yang bermula di Pusat Rekreasi Redtma,Ayer Keroh, Melaka.
*
“Jangan stress…”tiba-tiba suara halus itu mengejut aku dari lamuan.Aku memandang empunya suara.Dia tersenyum melihatku lalu mendapatkan komputer yang terletak tidak jauh dari mejaku.
Rupanya empunya suara itu adalah Farhan.Pelajar semester 5 Diploma Seni Reka Industri.Aku teringat lagi sejak kejadian di Redtma, dia sentiasa menegurku walaupun kemesraannya terhadap aku tidak pernah dibalas olehku.Perasaan cinta datang begitu sahaja selepas dia membantu ke klinik ketika aku diserang migraine.Dialah orang pertama hulurkan bantuan.Siap teman aku naik shuttle.
“Apa kata doktor?”soal Farhan.Aku memberitahu doktor mengesahkan aku kekurangan air kerana hari tu aku menjalankan puasa sunat tanpa bersahur.Mana taknya dah niat puasa ganti tapi terlajak tidur sampai subuh.Itulah punca aku kekurangan air.
“Dari Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.Shirah jangan ingat sahur tu perkara remeh tapi ingatlah itu adalah sunnah Nabi.Bila dinamakan Sunnah akan adanya manfaat seperti bertenaga untuk berpuasa dan dapat pahala free sebab ikut Sunnah,”pesan Farhan sebelum aku turun shuttle.
Bukan itu sahaja,dia memiliki kepimpinan yang dikagumi.Dia juga seorang yang aktif berpersatuan.Tak lama lagi dia akan jadi mantan dan itu adalah kesedihan PMI kerana kehilangan orang sepertinya.Begitu hebat dengan ilmu.Aku?Jujur, aku mengalami kerinduan atas kehilangan yang berharga.
*
Pejam celik minggu peperiksaan sudah tiba.Seusai menjawab kertas pertama pada hari pertama,Qama,kawan baik dari semester 1 mengajak aku makan di kedai depan UiTM.Tibanya di kedai itu, aura terasa lain. Lagu Wahai Kekasih dimainkan.Tiba-tiba aku teringat aku bakal berpisah dengan seseorang yang aku sayang.
“Nak tahu tak Farhan semalam bagi wasiat kat ahli PMI.Dia cakap meeting semalam adalah yang terakhir.Semua yang ada semalam menitis airmata…”Qama bercerita.Aku diam.Qama memerhatikan aku.Dia tahu bertapa dalam perasaan aku terhadap Farhan.Bukan sekadar suka namun CINTA.Aku jatuh cinta padanya dan ingin dia menjadi pedamping aku hingga ke Jannah.Aku termenung setika.
*
Alunan seruan azan berkumandang menerjah ke ruang langit.Suara merdu dan gemersik bilal menusuk ke setiap hati nurani pelajar.Langit bertasbih dan burung berzikir.Apabila kakiku berada di kawasan masjid hatiku tertambat melihat bangunan Masjid Al-Hikmah.Tiba-tiba, ada seseorang menegurku dari jarak jauh. Dengan sepantas kilat tanpa memandang muka Farhan aku berlari agar tidak bertemu dengannya.Aku tidak mahu niatku datang masjid berubah.Biarlah aku untuk bersujud padaNYA.Menjadi hambaNYA dan bukan hamba cinta.
Aku ingat pesan ustazahku disekolah,ilmu dan maksiat tidak mungkin bersatu.Ilmu tidak akan terlekat dihati jika hati dipenuhi dengan dosa.Jika cemerlang pun itu dinamakan istidraj.Cemerlang dalam kemurkaan Allah.
*
Tiba je di bilik aku merebahkan diriku di atas katil. Aku terfikir ada tak hutang yang perlu aku lunaskan sebelum menjelang hari cuti.Hutang bukan perkara yang boleh diremehkan.Dalam al-Quran surah al-Baqarah,Allah menekankan konsep hutang begitu luas.Berhutang tak digalakan tapi membayar hutang adalah wajib.Tiba-tiba aku teringat buku Farhan yang aku belum pulangkan.Ya Allah!!!Aku meraba meja belajarku dan mencari buku itu.
Malam tu aku mendapat satu berita.Terkejut bagaikan terkena renjatan elektrik.Qama memberitahuku Farhan bakal pulang esok selepas Jumaat.Lantas aku mengambil sehelai kertas dan sebatang pen untuk menulis.
Kepada sahabatku Farhan,
Shirah mampu menulis surat untukmu ini untuk meluahkan isi hati Shirah… Sebelum tu Shirah ingin mohon maaf atas kehadiran Shirah dalam hidupmu mendatangkan masalah.Shirah mencintai Farhan dari semester 2. Namun,Shirah tidak mengharapkan apa-apa jawapan darimu.Memang niat hati ingin Farhan jadi suami Shirah.Tapi Shirah serahkan segalanya pada Yang Maha Esa.Biarlah Dia yang menentukan.Jika dirimu ditakdirkan untuk orang lain Shirah akan berundur.Semoga Allah menyediakan seorang srikandi Islam yang lagi soleha dari Shirah.Maafkan Shirah….
Aku lipat surat tu dan sisipkan dalam buku.Sudut hatiku aku ingin kepastian dari Farhan sendiri.Tiba-tiba ,handphoneku vibrate.Pesanan dari Farhan masuk.Dia begitu mendesak untuk tahu kenapa aku lari darinya siang tadi.Aku berjanji dengannya untuk jumpa esok selepas solat Jumaat.
Selesai solat Zohor,aku mencapai buku Farhan lalu berlari keluar dari bilik.Fikiranku biarlah kisah ini bernoktah disini dan pada hari ini.Aku tidak mampu menanggung seksanya cinta ini.Biarlah aku kehilangan dia buat selamanya tapi bukan iman yang masih berbaki dalam hatiku.
Farhan baru saja keluar dari masjid semasa aku tiba.Walaupun masih ramai lelaki di masjid keluar berpusu-pusu,aku tetap dengan keputusanku untuk berjumpa dengannya.Farhan memandangku.Aku hulurkan bukunya.
“Shirah cintakan Farhan”
Itulah luahanku lalu aku pergi meninggalkan dirinya.Saat inilah,air mataku tumpah mengalir dipipi.Dibiarkan menitis tanpa mahu disekat.Aku block semua media sosial yang boleh menghubungkan aku dengan dia.Dengan harapan biarlah SURAT UNTUKMU menjadi saksi perjumpaan terakhir antara kami berdua.
Sudah lima tahun kisahku bernoktah disitu.Tiada jawapan.Aku sendiri tidak tahu kemanakah cintaku ini.Masih bermakna atau tidak.Mungkin ini suratan takdirku.Jujur aku masih setia dengannya.Dia sentiasa ada dalam setiap sujud dan doaku.Jika dia jodohku,biarlah Allah yang memeliharanya,jika bukan biarlah Allah tarik perasaan ini dariku.Apapun aku tetap menanti seseorang yang boleh menerimaku seadanya.

Comments
Post a Comment