SEKSYEN 302 -INI SEMUA ILUSI-

Hafiza dan Dr.Hamdan berhadapan seseorang yang dituduh membunuh. Tertuduh, dikenali sebagai Tiger, hanya memerhatikan sekeliling. Tiada rasa serba salah dalam diri.Sebagai seorang peguam bela, Hafiza akan menyelamatkan tertuduh dari hukuman mati dibawah Seksyen 302. Langkah pertama, dia perlu kepastian anak guamnya mempunyai penyakit mental. Ini dibantu oleh Dr.Hamdan yang bertugas di Hospital Permai, Johor. Saat yang tertuduh itu mula berbicara,mereka mendengar dengar khusyuk….
*
Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah,Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari pada jenismu sendiri,agar cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya,dan dijadikan-Nya antara kamu perasaan kasih  dan sayang.
                                                                                                                           (Surah al-Rum :21)  
Pada hari ini,bersaksikan keluarga dari pihak lelaki, sepasang suami isteri telah diijabkabulkan. Atas dasar cinta yang terbina,terbinalah sebuah mahligai. Masjid menjadi saksi penyatuan dua buah keluarga.

Penganti perempuan kelihatan sungguh ayu dengan mengenakan baju pengantin putih dan penganti lelaki mengenakan baju melayu. Lafaz ijab dan Kabul dilafazkan begitu lancar, menandakan hubungan mereka telah halal.Yang lelaki mencuri lihat yang perempuan.Mereka bertentangan mata,namun si perempuan tersipu malu.

“Abang janji akan Sal macam nyawa abang sendiri,” lafaz Helmi setelah mencium dahi isterinya.

“Walau apapun terjadi Sal akan setia dengan abang.Abang adalah jantung Sal,”balas Salina.
Orang ramai yang menyasikan kebahagian mereka turut tersenyum.Ibu Hemi,Rohani menitis melihat apabila ikat hati itu disatukan.Salina memang ditakdirkan untuk Helmi.Tiada sesiapa yang dapat memisahkan mereka selain ajal.

“Baguskan, seorang abang telah berjaya menawan hati bekas kekasih adiknya”. Rohani tergamam medengar suara itu..Dia amat kenal akan suara itu. Dia memaling ke belakang. Dia tidak menyangka empunya badan akan datang pada hari itu.

“Ibu,mohon sangat kamu tolong restui hubungan mereka.Helmi tak sanggup berpisah dengan Salina.Tolong terima takdir ini,”rayu ibunya.

“Aku takkan biarkan mereka bahagia, tunggu lagi lima tahun. Itu janjiku,”Lafaz ikrar adik Helmi. Rohani semakin risau. Dari dulu lagi anak bongsunya itu dengki dengan abanganya yang jauh lebih baik. Memang betul,Salina merupakan bekas kekasihnya.

Setelah lima tahun mengharungi alam perkahwinan, mereka dicurahkan rezeki yang berlimpah ruah sehingga Helmi dapat menyediakan rumah di Kuala Lumpur khas buat Salina.Ini juga sebagai langkah untuk melarikan diri dari ancaman adiknya.Walaupun adiknya sudah lama tidak munculkan diri,dia merasakan dendam adiknya,Hisham takkan terhapus selagi dia dengan Salina masih bersama. Dia yakin Hisham sedang mecari waktu yang sesuai .Rumah itu juga sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan Salina yang selama ini berusaha untuk memberikannya zuriat. Akhirnya, Salina berjaya melahirkan Balqis pada tahun lepas.

Kehadiran si bidadari kecil yang bernama Balqis menghangatkan lagi kasih sayang Helmi pada Salina.Kewujudannya bagai memecahkan ruang sunyi di dalam hidup mereka.Balqis dilahirkan dalam keadaan putih gebu.sangat comel.Matanya mengikut mata Helmi dan hidungnya mengikut Salina yang mancung.
Semasa Rohani,Helmi dan Salina bermain dengan Balqis,Salina mendapat panggil daripada seseorang yang tidak kenali.Dia meminta untuk menjawab panggilan itu lalu berjalan menuju ke ruang beranda.

“Hai sayang,masih ingat tak lagi saat kita bersama?”soal suara di talian. Matanya terbeliak medengar suara itu.Dia begitu mengenal suara itu.Itu suara Hisham.

“Kau nak apa Hisham?”soal Salina dalam ketakutan.

“Aku nak bunuh abang aku.Cukuplah lima tahun berbahagia.Pulangkan hak aku,”kata-kata Hisham besertakan gelak tawanya.
“Tolong Hisham jangan buat macam tu, aku sanggup buat apa yang kau suruh,”rayu Salina.

“Betul?”Hisham cuba memastikan.
*
“Abang, kalau suatu hari nanti Salina tinggalkan abang,Salina nak abang fikir Salina nak lindungi abang dan juga Balqis.Salina tak nak abang mati…”kata-kata terakhir Salina bermain di lubuk minda Helmi.Helmi tidak menyangka Salina betul-betul lari darinya.
Helmi memeriksa barang kepunyaan Salina untuk menjejakinya.Dia baru sedar Salina tidak membawa telefon bimbitnya pergi.Telefon bimbit itu terlepas dari genggamannya.Baru dia mengetahui kisah.Perasaan marah membuak dalam dirinya.Dia menarik laci yang terletak di tepi katil.Mengeluarkan sebilah pisau berukuran 11 sentimeter.Demi cinta pada isterinya dia harus pertahankan.Dia harus bunuh syaitan licik itu.

Belum sempat Hisham menutup pintu keretanya,dia ditegur oleh Tiger.Tiger mengacukan sebilah pisau berukuran 11 sentimeter lalu menusuk ke jantung Hisham. Dia menjerit namun tidak kesampaian.Tiger membiarkan dia terseksa di situ.Beberapa minit kemudian,Helmi mendekatinya lalu menghubungi pihak polis.Tidak disangka Hisham akan pergi sebegitu rupa.

Helmi ditegur oleh suara halus.Dia sangat mengenali pemilik suara itu.Dia memusingkan badannya.Melihat Salina dalam keadaan ketakutan.Salina memberitahu dia baru saja melepaskan diri dari tempat Hisham mengurungnya.Helmi memeluknya.Rindu sepasang suami isteri itu dilepaskan dengan air mata.

“Salina,kita balik ya?,”pujuk Helmi.
“Maafkan Salina,bang.Salina buat semua ni sebab nak lindungi abang.Hisham ugut Salina.Maafkan Salina.”
“Takpa sayang.Yang penting syaitan laknat tu dah mati.Lepas ni tiada siapa ganggu keluarga kita.Abang janji akan lindungi Salina.”lafaz janji seorang suami.
*
Semasa perbicaraan sedang dijalankan,Hafiza tiba-tiba pengsan.Semua yang berada di bilik itu cemas.Dr,Hamdan yang duduk dikadang saksi terus terbangun.Sangkaannya tepat,Hafiza akan pengsan.Tambah, Hafiza kelihatan cemas apabila hujahnya dapat dikalahkan satu demi satu.
*
Apabila membuka matanya,Hafiza berasa pelik.Tangannya digari di kepala katil.Di cuba untuk lepaskan namun gagal.Dr.Hamdan yang menyaksikan itu,tersenyum.Hafiza bertanya perkembangan kes anak guamnya dan meminta untuk dilepaskan supaya dapat selesaikan kes Tiger.Dr.Hamdan meminta Hafiza berehat.Dr.Hamdan meninggalkannya seorang diri dalam bilik itu.
Di luar bilik,Dr. Hamdan bertemu dengan Julia,Rohani dan Helmi.Dr.Hamdan melaporkan bahawa Hafiza masih lagi berada dalam dunia ilusinya.Walaupun disahkan ada gangguan mental,Helmi tetap akan setia dengan Salina.
Julia selaku peguam bela bersempati  ke atas keluarga anak guamnya itu.Nasib menyebelahi mereka.Keputusan mahkamah tidak mengenakan hukuman Seksyen 302 iaitu gantung sampai mati terhadap Hafiza atau Tiger atau nama sebenar adalah Salina yang telah membunuh Hisham.
*
Menurut Helmi,Salina bukan kekasih Hisham.Salina dijual oleh ayah tirinya kepada Hisham.Pada malam itu,setelah Hisham mencabul Salina,Salina cuba melarikan lalu terjumpa dengan Helmi.Pada awalnya,Salina merahsiakan kisah itu setelah mengetahui Hisham itu adik Helmi.Kisahnya diceritakan selepas Helmi menangkap sedang meracau akibat gangguan mental.Ia terjadi kerana Salina menyimpan kisah itu seorang diri. Menyebabkan Salina menghidap penyakit yg dikenali sebagai ‘Multiple Personality Disorder(MPD)’
Kes pembunuhan Hisham pula, setelah Helmi membuat laporan,pihak polis mendapati kesan cap jari seorang perempuan di pisau itu.Helmi teringat,dia juga memberikan pisau kecil itu kepada Salina untuk melindungi diri.Semasa Salina dibawa pergi oleh pihak polis,berderai airmata Helmi. Kesedihan itu juga dirasakan oleh Balqis yang melihat ibunya digari.Rohani juga sedih
*
Dr Hamdan mengarahkan pembantunya menyediakan bilik khas buat pesakitnya.Reaksi pembantunya itu penuh persoalan.Dr Hamdan senyum.

“Kerana pesakit ini merupakan seorang isteri,ibu,peguam bela dan pembunuh…”

Ini semua ilusi.

Comments