MURTAD

Kata Al Imam As Syafie:"Apabila kalian memiliki teman yang membantumu dalam ketaatan ,maka genggam eratlah tangannya, kerna mendapatkan sahabat seperti itu sulit sedangkan berpisah daripadanya mudah.

Mengapa kisah ku ini diberi tajuk MURTAD?? Kerana aku telah menjadi saksi bermula dari sekecil –kecil niat hinggalah sebesar-besar perbuatan. Seksaan kerana rasa penyesalan yang tidak bernoktah sejak hari itu, membuatkan ia terus menghantui ku. Andai dapat ku undurkan waktu, tidak membiarkan dia berlalu.

*
Imbas kembali
Suhu di bilik kuliah itu begitu sejuk sekali ibarat mendodoikan lagi pelajar-pelajar kelas A untuk tidur sewaktu kelas Business Management di waktu pagi. Puan Salina yang sedang memberi penerangan umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Aku memerhati ada yang sedang tidur dan ada main telefon bimbit. Aku pula mendengar tanpa mencatat. Aku lebih suka mendengar daripada menulis.
Keisha ,gadis berdarah Inggeris-Melayu sungguh tekun membuat nota. Berambut lurus lebat seperti rambut Maya Karim diikat dengan kemas. Jujur, aku kagum melihat keanggunan dan kejelitaannya.

Dia mula berbisik…
“Dania, kau terfikir tak kenapa budak bukan Islam lebih pandai daripada budak Islam?”soal Keisha.
“Aku tengok ada jer orang Islam yang maju,” jawab ku acuh tak acuh.
“Eh ko ni!!!Dah setiap kali Anugerah Naib Canselor diumumkan mesti budak cina yang dapat. Mereka tu bukan Islam pulak tu..” getus Keisha.
Aku malas melayan kerenahnya yang mengagungkan penganut bukan Islam. Jujur, dia ramai kawan bukan Islam di universiti ini. Tapi, aku harap sangat dia tahu batasnya dalam pergaulan dengan golongan bukan Islam. Tambah lagi, di universiti aku belajar ini, majoritinya berbangsa cina. Ada yang taat pada agamanya mengajak aku berdebat. Namun, aku menolak dengan cara baik. Walaupun aku bertudung itu bukan tandanya ilmu akidah penuh didada.

Pada waktu petang, aku menyiapkan tugasan ku di perpustakaan. Keisha pula entah kemana aku pun tak tahu. Aku sedar hidup aku pada semester ini bukan seperti di semester lepas. Tahun ni aku dilantik sebagai naib pengerusi Kelab Badminton dan setiausaha untuk hostelku. Aku sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk Keisha. Duduk sebilik pun akan ada hari aku dengan tak pernah berborak. Kalau tak dia sentiasa tanya aku tentang Islam. Dia sendiri mangakui keluarganya hanya Islam pada kad pengenalan. Aku sebagai sahabatnya akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.
Semasa aku sibuk menyiapkan kerja, Matthew, kawan baik sejak berada di semester satu mendekati mejaku .Dia berbangsa Cina dan merupakan penganut Kristian yang sangat taat. Walaupun aku dengan Matthew berlainan agama, kami masih menghormati agama masing-masing.
Dan ini kali pertama mukanya begitu serius.Seperti ada benda penting yang perlu dibincangkan.Dia duduk di depanku

“Kamu dengan Keisha pernah keluar pada hari Ahad tak?”soalnya. Masa tu aku lansung tak terfikir apa-apa.
“Kalau keluar sekali tu taklah. Kalau ajak pun dia kata ada urusan. Ahad dia memang sibuk,” jawabku. Itulah seingat aku Keisha sentiasa sibuk hari Ahad.
“Apa hukuman ke atas penganut agamamu kalau keluar Islam?”soalan itu menusuk kalbuku. Rasa macam halilintar menyambarku.Ini adalah kali pertama dia berbicara tentang agama.
“Boleh dihukum bunuh setelah menasihati dia untuk kembali ke pangkal jalan masih gagal.”
Matthew menceritakan kenapa dia menyoalkan isu itu. Setelah mendengar ceritanya, aku langsung tak percaya. Disebabkan aku rasa itu fitnah yang dilemparkan kepada Keisha ,aku bangun lalu meninggalkannya.
*
“Ya ,aku nampak dia dengan geng dia masuk gereja. Siap sembahyang lagi.”
“Kau jangan nak tuduh sahabat aku macam tu. Aku kenal dengan dia .Dia takkan tergamak nak buat semua tu. Memang dia free hair. Tak macam perempuan Islam yang lain tapi itu bukan alasan kau tuduh dia bukan-bukan.” balasku dengan penuh amarah.
“Kamu kata dia sahabat kamu. Tapi aku sendiri tengok kamu berdua dah renggang sedikit demi sedikit .Kau tak tahu apa yang dia buat kat luar sana. Padahal kamu dengan dia sebilik .” Senario di perpustakaan tadi umpama terimbas kembali di kaca mataku. Aku masih fikir adakah Keisha sanggup berpaling pada agamanya.
Ya Allah!Kau lindungi sahabatku.Jagalah dia….

Entah apa yang membuatkan aku ingin memeriksa beg Keisha, kut-kut ada yang boleh menunjukan aku kebenaran pada cerita Matthew. Setelah Keisha keluar untuk ke kafe, aku membuka beg. Selongkar habis sebelum dia pulang. Setiap poket beg aku periksa. Sedang aku meraba beg tu, aku terpegang sesuatu .Aku keluarkannya. Astagfirullah!!.Aku terkejut. Aku tak tahu mana dia dapat rantai berbentuk salib itu. Tanpa disedari air mataku menitis. Sahabat apakah aku ini membiarkan sahabat aku hanyut….
*
Aku mengajak Keisha ke belakang hostel selepas kelas. Dia bersetuju. Pendapat aku biarlah aku dengar sendiri dari mulutnya dan berakhir pada hari ini juga. Dia kelihatan biasa bila sampai kawasan belakang sekolah. Aku hanya memandangnya.

“Keisha, kau ada masalah ke?”soal aku .Dia mula memberikan senyuman sinis kepada aku.
“Tak ada...Asal Matthew bagitahu kau yang aku masuk gereja ke? Baru kau sedar ye. Aku ingat, aku tak wujud dalam hidup kau,” akhir dia luahkan isi hati yang selama ini terpendam.
“Ye, memang aku salah.
Aku sibuk dan biarkan kau terus hanyut. Tapi itu bukan alasan kau berpaling dari agama kau. Kau nak murtad ke apa…”

“AKU DAH MURTAD!!!!!”pengakuan itu sungguh menggores hatiku. Umpama sembilu menikam hatiku.

“Kau ni dah kenapa sampai macam ni. Kau tak kesian ke kat mak bapa kau tu? Apa perasaan dia bila dia tahu anak mereka dah murtad. Kau tak fikir ke?” soal aku, titisan air mata membasahi pipiku.

“APA NAK DIKISAHKAN???MAK BAPA AKU LEBIH PENTINGKAN KERJA.KAU PUN SAMA!!!AKU DAH BESAR DAN AKU BOLEH BUAT KEPUTUSAN SENDIRI.ENGKAU TAK PAYAH NAK AJAR AKU!!!!MULAI HARI INI KAU BUKAN SAHABAT AKU…SYAITAN!!!!”

Keisha ingin meninggalkan aku, namun aku sempat memegang tangannya .Lebih terkejut lagi di lengannya ada tatu berbentuk salib. Mau saja jantung tergugur di situ. Ya Allah!!!
Disebabkan dia berjaya menolakku sehingga jatuh lalu berlari menuju jalan raya.Sedang melintas jalan, ada sebuah lori yang dipandu begitu laju tidak sempat menekan brek lalu menggilis Keisha. Aku menjadi saksi kejadian itu. Aku mendekati mayatnya yang tidak merupai manusia. Darah berlumuran. Aku melihat wajahnya .Mulutnya tercunggap-cunggap ingin menyebut syahadah. Malaikat Izrail melaksanakan tugas untuk mengambil nyawanya dalam keadaan yang mengerikan.


Sudah tiga tahun kejadian itu berlaku. Kejadian yang penuh pengajaran. Walaupun sejarah itu yang aku ingin lupakan namun tetap terpahat di ingatan, ia tetap menghantui hidupku kini. Keisha aku sayang kau.

Comments