SESAT
Seusai kelas Tassawur, Skuad Badar yang terdiri Yasha, Naqqi, Hanif dan Qistina diminta untuk tunggu seketika. Ustazah Fatimah ingin memperkenalkan mereka dengan seseorang. Seseorang yang dapat meluaskan empayar Skuad Badar setelah mereka semua tiada. Pada zaman yang penuh cabaran, memang sukar untuk mencari pengganti seperti mereka. Jujur, semangat dakwah yang ditanam serta cinta akan ilmu membantu mereka menyuburkan suasana Islam di sekolah.
“Assalamualaikum, nama saya Megat Affendi bin Megat Sulaiman. Pelajar tingkatan 4 Epsilon.” Pelajar itu memperkenalkan diri.
*
Suasana sungguh gelap, Hanif masih buntuh bagaimana dia boleh sampai ke kawasan yang penuh lalang. Dia tercari-cari telefon bimbitnya untuk memberikan sinaran cahaya agar senang mencari jalan pulang.Sudah sejam berjalan, dia baru sedar dia masih berada di kawasan itu. Nampaknya, jalan keluar sukar dicari. Dia duduk seketika dan berdoa pada Ilahi.
Tiba-tiba, suara tapak kaki orang sedang berlari kuat kedengaran. Hanif berdirI untuk melihat kelibat orang itu dari jauh. Rupanya Megat yang sedang berlari. Paling menghairankan Megat tidak sedar kewujudannya disitu. Dia mengejar Megat sampailah ke satu kawasan.Kawasan itu dipenuhi oleh manusia yang berpakaian jubah hitam sedang memuja sesuatu. Hanif menghentikan langkahnya dan bersembunyi disebalik pokok besar.Dia memerhatikan Megat yang ikut serta dalam pemujaan itu.Pada awalnya,dia cuba untuk menghalang Megat tapi suaranya tidak didengari
*
“HANIF!!!!!” Qistina mengejutnya.
Apabila Hanif membuka matanya,dia berasa hairan.Persekitaran yang gelap gelita bertukar menjadi suasana rumahnya.Lebih memeranjatkan lagi Qistina ada di depan matanya. Sepanjang dia hidup,ini kali pertama dia dikejutkan oleh perempuan bukan mahram. Perasaan malu pun membuak dalam dirinya. Rasa macam nak bantal tutup mukanya.
“Kenapa kau datang?” soal Hanif yang masih menutup mukanya .Malu agaknya.
“Kau yang suruh aku datang untuk ajar kau AddMath kan,?”balas Qistina.
*
Seusai waktu persekolahan,Hanif berjalan menuju surau untuk menunaikan solat zohor. Dalam perjalanan ke sana dia terjumpa dengan Megat yang baru menuruni tangga..
“Megat kalau tak sibuk jom pergi solat berjemaah kat surau. Sama-sama kita mengejar keredhaan Ilahi. Jom,”ajak Hanif.
Riak wajah Megat berubah serta merta. Hanif melihat perubahan itu hanya berdiam dan menunggu jawapan darinya.
“Saya tak boleh berjemaah bang. Maaf,”tanpa melengahkan masa Megat pergi meninggalkan Hanif.
Hanif terdiam seribu bahasa.Tiba-tiba teringat Qistina.
*
Qistina tertidur selepas Maghrib.Dia terlampau penat.Letih dengan dugaan yang ditempuhinya sekarang .Masalah yang melibatkan aib keluarganya.Kadang-kadang dia sendiri boleh jadi gila.Masalah yang dihadapi tiada siapa yang tahu kecuali Hanif.Itupun kerana Hanif pernah mengajak abang Qistina solat berjemaah tapi ditolaknya.
Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan olehnya untuk meyelamatkan abangnya.Memang betul kata Hanif jika ilmu fardu ain masih ada lopong di minda pengetahuan,maka pelbagai fahaman akan mengisinya.Imam Syafie berkata “jika kamu tidak dapat menahan lelahnya belajar,maka kamu harus sanggup menahan perihnya kebodohan."
*
Lampu isyarat menunjukkan warna merah. Yasha memberhentikan keretanya. Sedang asyik melihat persekitaran luar, dia terpandang pemandu kereta disebelahnya. Dia merasakan pernah lihat lelaki yang memandu dan penumpang disebelahnya dia yakin itu adalah Megat. Mereka tidak menyedari mereka diperhatikan.Lampu bertukar hijau.Yasha dengan berani mengekorinya.
Megat dan pemandunya itu keluar dari kereta setelah tiba di sebuah rumah banglo.Yasha memberhentikan kereta agak berjauhan sikit untuk menjadi pemerhati.Sekarang dia mengenali lelaki yang memandu kereta itu iaitu abang Qistina,Hakim.Bertambah pelik kedua-dua mereka berjubah hitam ada ikatan kain hitam di kepala.
Setelah kedua-duanya masuk,barulah Yasha keluar dari keretanya.Disebabkan ingin tahu apa yang berlaku dia berjalan mendekati rumah itu.Pintu rumah itu tertutup rapat.Dia mencari jalan untuk melihat apa yang berlaku di dalam rumah itu.Nasib menyebelahinya apabila dapat melihat tingkap yang tidak begitu rapat.
Di dalam rumah itu, dipenuhi penghuni yang terdiri lelaki dan perempuan.Mereka duduk bersila menghadap seseorang yang sedang bersuara.Mungkin ketua mereka.
Ajaran sesat!!!Itulah yang terlintas di fikiran Yasha setelah mendengar ketua mereka berucap.Yasha cuba menyelamatkan diri.
“DUSH!!”
Penglihatannya menjadi sehitam kain itu.
Qistina, Naqqi dan Hanif berkumpul dirumah Cikgu Siti. Menurut Cikgu Siti ada perkara penting yang ingin dibincangkan ia juga berkaitan dengan kehilangan Yasha yang sudah seminggu tidak kelihatan.Cikgu Siti merupakan manusia yang ada kelebihan tersendiri, cuma beberapa orang muridnya yang tahu.Suaminya pula merupakan pegawai di JAIS.Dia turut berkongsi apa yang dipendamkan selama ini mengenai Megat.Selama ini dia membantu suaminya menyiasat tentang beberapa pelajar yang disyaki telah terlibat dengan ajaran sesat,Tok Din. Megat merupakan salah seorang. Cikgu Siti dapat merasakan kehilangan Yasha ada kaitan dengan Megat.
“Ini semua salah saya,” Naqqi dan Hanif terkejut dengan pengakuan Qistina.Akhirnya, pekung keaiban keluarganya terbuka.Lagi mengejutkan,ayah kandungnya merupakan pengasas ajaran itu.
Selepas kematian ibunya, ayahnya,Nordin mengalami masalah kewangan,dia dijaga oleh neneknya manakala abangnya dibawa pergi.Apabila neneknya meninggal barulah dia dijaga oleh ayah dan abangnya yang sudah lama menganuti ajaran Tok Din.Hari demi hari, dia tidak jemu untuk mengajak abang dan ayahnya kembali ke pangkal jalan.Namun,kasih sayang Hakim terhadap Qistina sukar untuk diputuskan.
“Disebabkan ayah dan ajarannya itu, sekarang Yasha dan orang-orang yang tak bersalah pula menjadi mangsa,” Qistina mengakhiri ceritanya. Matanya layu memandang ke lantai, menunggu reaksi orang di sekeliling. “Maafkan saya kerana merahsiakan perkara ini daripada cikgu dan rakan-rakan.”
Cikgu Siti mendekati anak muridnya itu lalu mendakap erat tubuh Qistina. Dia mengusap kepala gadis itu. “Cikgu faham, perkara ini bukan sesuatu yang mudah untuk dikongsikan.”
Sedang mereka bercerita,Qistina mendapat SMS dari Nordin.Gambar Yasha diseksa dipamerkan.Qistina dapat mengagak mereka dimana.Hakim pernah bagi alamat rumah itu kepadanya.Mereka mula merancang sesuatu.
*
Yasha terjaga dari lenanya kerana dikejutkan oleh seseorang. Mulutnya dibasahi sesuatu, dia cuba meronta sekuat hati.
“Ini airlah.” Hakim berbisik, sebelum bunyi tegukan kedengaran “Takde racun pun.”
Mata Yasha terbuka apabila mendengar suara itu. Dia memandang ke arah Hakim dengan penuh tanda tanya.
Hakim meletakkan jari telunjuknya di bibir, lalu menunjukkannya ke arah belakang. Pintu bilik Yasha dikurung terbuka luas.Di situ juga adanya Naqqi dan dua orang polis.
*
Serbuan keatas banglo ajaran Tok Din dilaksanakan.Megat dan pengikut lain tertangkap.Hakim tercari-cari adiknya.Dia begitu menyesal kerana tidak memberitahu adiknya bahawa dia telah menyedari kesilapannya lalu bertindak untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras ajaran ayahnya.
Di pejabat,Hanif dicederakan oleh Nordin.Qistina pula diugut oleh ayahnya.Dia akan membunuh Hanif dengan penukul besi di tangannya jika Qistina tidak menganuti ajarannya.Pada mulanya,Qistina ingin berjumpa dengan ayahnya secara seorang,namun Hanif membantah.Demi keselamatan Qistina,Hanif menemani Qistina.
Dengan penuh kekuatan dan keyakinan Qistina mengucapkan kalimah syahadah dengan maknanya.
Nordin pula marah, dia memegang penukul besi menuju Qistina.Qistina hanya menutup matanya.Tiba-tiba sesuatu yang berat jatuh ke atasnya.Dia membuka mata.
Hakim meninggal di atas ribanya.Nordin pula hilang tanpa dikesan.

Comments
Post a Comment